Kita selalu mendengar peribahasa “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih” yang biasanya menyentuh soal manusia yang komited dalam melakukan sesuatu. Jika mereka inginkan sesuatu mereka akan tetap cuba melakukannya walaupun ia kelihatan mustahil.
Begitu juga yang berlaku dalam soal memandu kereta, biasanya kalau seseorang pemandu sudah nekad untuk memandu laju atau melanggar peraturan lalu lintas mereka akan tetap melakukannya walaupun ia kelihatan mustahil.
Begitulah juga halnya dengan seorang pemandu di Pulau Pinang dengan kenderaan bernombor plat PGJ3806. Kami dedahkan sahaja nombor platnya kerana tindakannya cukup berbahaya melanggar lampu merah. Kalau anda di Pulau Pinang nampak kereta ini berhati-hatilah.
Kita mungkin pernah terdengar, cakap-cakap “nakal” bahawa pemandu kereta di Pulau Pinang kebanyakannya ganas-ganas dan agak liar memandu. Sejauh mana kebenaran itu, anda nilai sendiri mengikut video yang dimuatnaik di laman YouTube ini.
Video yang dimuatnaik pada 19 Julai lepas menunjukkan pemandu sebuah kereta Toyota Avanza yang jelas tidak bertanggungjawab dan memperjudikan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Kalau dia dah degil sangat nak melanggar juga lampu merah tu, dia akan langgar juga. Biarpun dihadapan bersusun kenderaan bergerak tetapi perlahan-lahan dia cuba melanggar peraturan pemandu mesti berhenti ketika lampu isyarat menyala berwarna merah.
Mujurlah dalam video ini tiada kemalangan yang berlaku sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan. Diharapkan kepada pemandu lain di Pulau Pinang berhati-hati andai terserempak dengan pemandu kenderaan ini yang jelas mementingkan dirinya sendiri. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment