Macam-macam kecelakaan boleh menimpa apabila seseorang sedang mabuk akibat meminum minuman keras.
Buktinya, sebuah video yang menjadi viral di UK sekarang. Dalam video ini seorang lelaki mahu menunjukkan aksi memotong tembikai menggunakan sebilah pedang tajam walaupun ketika itu dia baru selesai meneguk bir.
Aksi ini direkod dan disaksikan oleh rakan-rakannya malah seorang daripada mereka sempat berseloroh, “Jangan sampai terpotong tangan. Aku belum jadi nurse lagi ni.”
Tak berapa saat rakannya menghabiskan ayat, lelaki itu melibas tembikai lalu berhampuran darah dari tapak tangannya.
Salah seorang rakannya memberi komen santai, “Hospital!”.
Tak pasti sejauh mana kecederaan tangan lelaki tersebut tapi pengajaran yang boleh diambil dari sini adalah; bir, tembikau dan pisau adalah gabungan yang sangat tak kena.
No comments
Post a Comment