Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Johan As’ari Belum Ada Tarikh Tunang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Johan As'ari
Pelakon yang sering melakonkan watak antagonis, Johan As’ari mengakui masih belum tarikh pertunangannya dengan gadis pilihannya.

“Saya masih lagi ‘single’ tetapi jodoh itu rahsia Allah. Saya juga bukan merupakan seorang kaki perempuan dan ingin fokus kepada kerjaya. Jika wanita itu adalah pilihan yang tepat, maka saya akan membuktikan rasa cinta melalui adat resam,” katanya melalui portal Gua.
Jika mengikut perancangan pelakon yang sinonim dengan watak Botak ini mahu melangsungkan majlis pertunangan sebelum dirinya berangkat ke Dubai untuk penggambaran drama RTM pada Disember nanti.
“Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum ke Dubai pada Disember ini, namun kami masih mengenali hati budi masing-masing. Seandainya ada jodoh maka hal tersebut akan menjadi kenyataan,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Johan pernah digosipkan bercinta dengan rakan artis seperti Fasha Sandha, Izreen Azminda dan paling mendapat perhatian ketika dirinya dikatakan bercinta dengan ‘hot mama’ Nabila Huda yang kemudiannya dinafikan keduanya dengan mengatakan mereka hanya berkawan baik selepas terlibat dalam drama Pelangi Kasih siaran TV3.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments