Apendiks manusia sebelum ini selalu dikatakan sebagai organ yang kurang penting jika dibandingkan dengan organ yang lain.
Para saintis tersebut menyatakan bahawa apendiks berfungsi sebagai tempat simpanan bakteria baik, yang amat berguna bagi memulihkan usus bagi setelah ‘diserang’ oleh disentri atau kolera.
Saintis dari Duke University Medical Centre di North Carolina berkata, apendiks akan mengantikan bakteria yang tersingkir apabila seseorang itu ‘diserang’ kolera atau disentri iaitu keadaan di mana bakteria-bakteria yang penting untuk proses penghadaman kemudiannya telah digantikan oleh bakteria baik yang terdapat pada organ itu.
Namun, Professor Bill Parker berkata bahawa penemuan tersebut tidaklah bermakna manusia benar-benar memerlukan fungsi apendiks dalam menjalani kehidupan seharian.
“Adalah penting bagi kita untuk memahami bahawa jika kita menghidap radang apendiks sebagai contoh, keadaan ini tidak bermaksud kita tidak boleh membuang apendiks tersebut,” katanya.
“Penemuan ini adalah sesuatu yang menarik, namun kami tidak mahu informasi ini meraih sebarang spekulasi, kami tidak mahu mana-mana pihak mula berfikir seperti, ‘apendiks saya mempunyai fungsi tersendiri, jadi saya tidak akan berjumpa dengan doktor jika apa-apa berlaku, saya tidak akan buang apendiks saya,” tambah Parker.
No comments
Post a Comment