Seorang lelaki didakwa di mahkamah daerah Singapura semalam yang menyebabkan teman wanitanya mati di sebuah kawasan letak kereta di Jurong pada Ahad dua minggu lalu.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa teman wanitanya itu.
Justeru, dia disabitkan pertuduhan perlakuan yang tidak disengajakan yang menyebabkan kematian seseorang.
Liu dipercayai meninggalkan tempat kejadian setelah teman wanitanya dilanggar.
Namun, masih tidak mengetahui adakah dia akan mengaku bersalah.
Kemalangan tersebut berlaku pada 14 Julai lalu di tempat letak kereta Bird Park Drive, off Jalan Ahmad Ibrahim lebih kurang jam 9.30 malam.
Memetik laporan The Straits Times, pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan selama setahun dan telah tinggal bersama di sebuah flat di Jurong sejak Mac tahun ini.
Dalam pada itu, akhbar Lianhe Wanbao melaporkan pasangan itu merupakan jiran dan juga rakan sekelas dari Changchun, wilayah Jilin, China.
Mereka menjalinkan hubungan ketika berjumpa semula di Singapura lebih setahun lalu.
Permohonan reman terhadap Liu diluluskan selama seminggu oleh hakim bagi memberi masa kepada Jabatan Polis Bedok untuk melakukan siasatan lanjut.
Sidang mahkamah seterusnya akan diadakan pada 29 Julai ini.
Jika bersalah, Liu akan menghadapi lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
No comments
Post a Comment