Susulan berita melaporkan tentang serbuan ke atas kilang menjual produk suplemen keluaran pasangan suami isteri yang sebenarnya berbahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), banyak pihak meneka kes ini melibatkan produk Maixara.
Produk yang melantik Diana Rafar sebagai duta ini sememangnya sedang laris di pasaran.
Hari ini, Maixara mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka untuk menerangkan perkara sebenar. Menurut kenyataan mereka:
Assalam,
Ada sedikit salah faham didalam akhbar hari ini. Hanya produk MCS diambil oleh KKM yang dibuat ujikaji. Ini kerana KKM baru mengeluarkan pekeliling semua produk mengandungi Glutathione adalah sebagai suplemen dan bukan makanan tambahan. Sekejap lagi Hq akan upload pic salinan uji kaji lab test yang telah dibuat utk rujukan.
Tiada isu ttg pengilangan kerana kilang kami dlm proses utk GMP.
Sebelum ini produk MCS dikategorikan sbg makanan tambahan dan tidak perlukan MAL No drpd KKM. Tp sejak akhir jun lalu pekeliling KKM telah menukar semua produk ada glutathione dikira sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
Jadi selepas ini semua produk termasuk minuman yg ada glutathione akan dikategorikan sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
KKM juga mengatakan ada org pengadu ttg hal ini. Itu sebab mereka dtg mengambil MCS utk buat Lab test. Maybe si pengadu berniat menjatuhkan kerana turut melibatkan Butik dan Restoran milik Pn Ainna.
Wallahuallam.
Dalam laporan media semalam, terdapat sumber menyatakan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar lalu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut, pukul 12.30 tengah kelmarin.
Keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar kemudiannya ditemui lalu dirampas di sebuah kilang di Semenyih, serta di sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan. Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM700,000.
Sehubungan itu sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an didakwa kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Sabit kesalahan, syarikat yang mengeluarkan suplemen boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya.
No comments
Post a Comment