Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Drama Rosley Idris Meninggal Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pelakon Drama Rosley Idris Meninggal Dunia
Pelakon drama Rosley Idris meninggal dunia petang semalam kerana kanser usus.

Rakan dan kenalannya mula mengucapkan takziah di laman facebook bila ada yang menyampaikan info pemergiannya. Antara yang memuatkan entri pasal itu ialah pelakon Zulkifli Ismail.
Allahyarham meninggal sekitar pukul 6.40 petang semalam di Pusat Perubahan Universiti Malaya dan disemadikan hari ini di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Alfatihah Mangga ucapkan kepada keluarga Allahyarham.
Menurut komen kenalannya dalam facebook, sebelum ini sudah beberapa kali Allahyarham mendapat rawatan di klinik, tapi doktor tidak dapat mengesan kanser, sebaliknya mengesyaki angin gastrik.
Oleh kerana sakitnya tak berkurang, Allahyarham yang berasal dari Sandakan, Sabah itu merujuk ke doktor pakar dan disahkan menderita kanser pada tahap 4 dan sudah merebak ke jantung dan hati.
“Saya bangga dengan Allahyarham kerana dia tamatkan juga pengajiannya sehingga mendapat sarjana,” kata seorang kenalan bernama Nurul dalam komen di akaun facebook pelakon Zulkifli Ismail.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments