Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Terkena Sihir Selepas Baca Mantera!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Artis
Keberanian seorang pelakon baru yang hanya dikenali sebagai Farah akhirnya memakan diri selepas mantera yang dibacanya untuk sebuah filem menyebabkan dirinya sentiasa sakit-sakit dan lemah tubuh badan sejak setahun lalu.
Farah juga berkata sebagai pelakon baru, dia hanya menjalankan tugasnya serta perlu membuktikan keberanian untuk melakonkan apa jua cabaran yang diberi kepadanya.
“Pengambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Difahamkan, mantera yang dibacanya itu merupakan mantera sebenar yang diambil dari satu negara jiran dan selepas adegan itu dijayakannya, Farah mula merasai perubahan dalam dirinya apabila tubuhnya menggeletar, sentiasa lemah dan sering kali menangis.
Disebabkan perkara itu, dia telah berusaha berubat dengan tiga orang ustaz dalam usaha untuk memulihkan kembali dirinya.
“Seorang ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir akibat perasaan cemburu orang lain. Bacaan mantera juga menjadi punca saya jatuh sakit termasuk lintah yang digunakan dalam adegan itu boleh berkait dengan mantera,” jelasnya lagi.
Hmm, mungkin sebelum melakonkan sesuatu itu, pihak produksi perlu membuat lebih penyelidikan dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan mantera yang sebenar kerana dikhuatiri perkara sebegini boleh berlaku pada masa akan datang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments