Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Hafiz Suip Kuruskan Badan Selepas Kena Marah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hafiz Suip
Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip mendedahkan kini dia sedang bertekad untuk berdiet dan setakat ini beratnya sudah berkurangan sebanyak tiga kilogram sejak sebulan lalu.
Hafiz mengatakan dirinya mengamalkan diet sihat selepas beberapa kali dimarahi pereka fesyen setiap kali melakukan sesi fitting baju.
“Ya, memang kini berat badan saya sudah turun daripada 62 kilogram kepada 59 kilogram. Turun sedikit sahaja tetapi saya gembira kerana dapat berada di dalam berat badan ideal,” katanya memetik laporan portal Murai.
Penyanyi yang terbukti kehebatan vokalnya ini mahu kekal fit selepas ini kerana bakal muncul dalam konsert pertama iaitu Konsert Solo Hafiz yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik, Petronas Kuala Lumpur pada 3 Jun ini.
Buat Hafiz selamat maju jaya dengan konsert berskala besar itu dan buktikan anak Malaysia juga mampu membuat persembahan bertaraf dunia di pentas berprestij terbabit.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments