Pelakon terkenal, Jennifer Aniston
terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan tunang, Justin Theroux
kerana takut bertembung dengan majlis perkahwinan bekas suaminya, Brad
Pitt dengan pasangannya, Angelina Jolie.
Menurut sumber terdekat dengan Aniston berkata, “dia tidak mahu majlisnya nanti bertembung dengan mereka (Pitt dan Jolie)”.
Sebaliknya mengetahui rancangan Pitt
mahu mengahwini Jolie, Aniston terus memindahkan tarikh perkahwinannya
yang sebelum ini telah dirancang pada musim panas ini.
Tunangnya, Theroux, turut bersetuju
dengan rancangan terbaru mereka itu kerana tidak mahu terburu-buru dalam
membuat segala persiapan perkahwinannya dengan aktres yang popular
dengan drama bersiri Friends itu.
No comments
Post a Comment