Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] David Gracer - Lelaki yang pelik obses makan serangga!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

David Gracer,
Rhode Island – Seorang lelaki yang obses dengan serangga telah makan lebih 5,000 spesis berkenaan sejak l1 tahun yang lalu dengan antara serangga kegemarannya adalah lipas dan kala jengking.
David Gracer, yang juga seorang guru bahasa Inggeris bagaimanapun menyifatkan serangga yang dimakannya itu sebagai satu bentuk diet semula jadi.

Malah bagi mengatasi ketagihannya, dia menyimpan 12,000 ekor serangga daripada 20 jenis spesis di dalam peti sejuk di bilik bawah tanah di rumahnya.

“Saya diberitahu bahawa saya gila, sakit atau pelik. Namun tahukah anda bahawa semangkuk belalang mengandungi vitamin yang lebih banyak daripada daging dan ia juga rendah lemak,’’ katanya.

David yang juga bapa kepada seorang anak itu menggunakan jaring untuk menangkap serangga berkenaan dan dia memasukkan binatang tersebut ke dalam peti sejuk untuk mematikannya.

“Ia sama sahaja seperti orang ramai yang makan makanan laut seperti ketam, sotong dan udang.

“Orang sanggup menghabiskan wang untuk makan makanan laut berkenaan namun apabila saya makan serangga, orang ramai berasa geli,’’ katanya.

Dalam pada itu, isterinya, Kim Jason berkata, David semakin hari semakin ketagih kepada serangga.
Ketagihan David terhadap serangga itu dikenali sebagai entomophagist dan dianggarkan lebih separuh daripada populasi dunia mengalaminya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments