Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Gentleman Psy Kurang Dapat Sambutan !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gentleman Psy
SEOUL – Lagu baharu penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang berjudul Gentleman dilapor kurang mendapat sambutan di Amerika Syarikat (AS), sekali gus gagal mengulangi kejayaan besar lagu Gangnam Style.
Pada Rabu lalu, lagu Gentleman jatuh ke tempat 26 dalam carta muzik Billboard Hot 100 daripada tangga kelima pada minggu lepas.

Jualan lagu tersebut juga dilaporkan menurun sebanyak 50 peratus kepada 36,000.

Bagaimanapun, Psy mendakwa kemerosotan lagunya dalam carta muzik di AS ekoran usaha-usaha promosi yang belum bermula di sana.

“Promosi bermula pada hujung minggu ini. Jadi, saya tidak melihatnya sebagai satu penurunan dalam carta. Sebaliknya hanya permulaan,” kata Psy dalam laman Twitternya.

Video muzik Gentleman yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 267 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lalu.

Sebelum ini, Psy memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Gangnam Style yang mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments