Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Balu Ashaari Berdepan Hukuman Pancung Jika Bersalah Di Arab Saudi!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Lumpur – Balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan Imigresen Arab Saudi kerana tinggal lebih masa dan disyaki memimpin ajaran sesat, berdepan hukuman pancung jika didapati bersalah.
Sumber berkata Hatijah yang dikenali sebagai Ummu Jah juga berdepan hukuman mati kerana pernah mengeluarkan kenyataan menyamakan kerajaan Arab Saudi seperti Yahudi.
Katanya, pihak berkuasa Arab Saudi memperoleh beberapa bukti kukuh yang boleh mendakwa wanita berusia 52 tahun itu kerana mengembangkan ajaran sesat di Makkah termasuk memesongkan akidah jemaah haji di sana.
Siasatan peringkat akhir
“Siasatan kini di peringkat akhir sebelum pendakwaan dan kertas siasatan dilengkapkan untuk dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara Arab Saudi,” katanya kepada BH semalam.
Dalam pada itu, sumber itu berkata, seramai 13 ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang ditahan di Makkah adalah kumpulan kedua yang dibenarkan pulang ke tanah air, dijangka tiba esok.
Ditahan JAIS
“Kepulangan 13 orang itu menjadikan kini 45 rakyat Malaysia yang ditahan berhubung kes itu dibenarkan meninggalkan Arab Saudi manakala baki 30 orang termasuk Ummu Jah masih lagi ditahan,” katanya.
BH pada 29 April lalu mendedahkan seramai 12 pengikut Al-Arqam termasuk dua anak lelaki dan menantu Ashaari ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setibanya mereka dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mereka yang ditahan mengikut Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melanggar perintah mufti, adalah antara 32 ahli GISB dan tiga kanak-kanak yang dibenarkan pulang ke tanah air selepas dibebaskan pihak keselamatan Arab Saudi. –Berita Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments