Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Aeril Zafrel Ke Hollywood, Tinggalkan MIG !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Aeril Zafrel Ke Hollywood, Tinggalkan MIG
Pelakon yang bermula dengan syarikat pengurusan Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG), Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia telah meninggalkan syarikat yang selama ini menguruskan kerjaya seninya itu.
 “Secara rasminya pada 9 Mei 2013 tamatlah kontrak saya bersama-sama dengan pihak MIG.  Namun, sebelum itu juga, saya telah bergerak secara sendiri tanpa menggunakan khidmat mana-mana kakitangan pihak MIG.

Bagi saya cari ini lebih memudahkan urusan kerjaya saya.  Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk menguruskan kerjaya seni saya.  Saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan belajar selok-belok dunia seni ini.

Dengan cara itu, saya dapat banyak pengalaman dan belajar.  Selain itu, saya juga sibuk menghadiri kelas dan bagi saya inilah keputusan yang terbaik buat diri saya dan pihak MIG,” ujarnya panjang lebar kepada portal Gua.com.my.

Aeril turut menyatakan dia bakal terbang ke Hollywood pada Jun ini untuk memenuhi beberapa tawaran di sana.

Sebelum ini, Aeril berjaya mengharumkan nama negara apabila dirinya terpilih menjadi hero bagi sebuah filem barat bersama-sama dengan pelakon terkenal, Christina Ricci.

“Alhamdulilah, semua rezeki ini datang daripada Allah SWT.  Saya tidak menyangka bahawa sebegini limpah kurnianya rezeki kepada saya.  Saya amat bersyukur sekali dengan tawaran ini,” katanya.

Pelakon kacak ini walau bagaimanapun tidak mendedahkan apakah filem yang bakal dibintanginya kelak kerana semua perkara itu masih berada pada peringkat perbincangan dan mengharapkan agar peminatnya terus sentiasa mendoakan kejayaan dirinya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments