Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Nikah Gadis Korea, Harap Tiada Pihak Kecil Hati!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jehan Miskin
PETALING JAYA – Pelakon Jehan Miskin berharap tiada pihak yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea pada Sabtu ini (esok) kerana ia diadakan untuk keluarga dan teman rapat sahaja.
Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.
“Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.
“Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Majlis akad nikah akan diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini kira-kira pukul 2 petang dan selepas itu disusuli dengan majlis bersanding dan minum petang.
Pada majlis tersebut, Jehan akan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala pakaian bakal isterinya itu ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.
Jehan enggan mendedahkan siapa bakal isterinya sehinggalah pada hari pernikahan itu nanti.
Katanya, perancangan perkahwinan itu sudah bermula sejak tiga hingga empat bulan lepas dan pada masa sama dia sibuk dengan kerja-kerja pengarahan drama seram, What If.
“Mujurlah ada rakan-rakan yang membantu dalam persiapan perkahwinan saya. Saya juga gembira mempunyai pengurus perkahwinan yang bagus iaitu Zaid Sulaiman (Zahar Wedding Planner).
“Mereka menyenangkan kerja-kerja saya tatkala saya sibuk menyelesaikan tugasan penggambaran,” katanya.
Walaupun sibuk untuk bergelar raja sehari, dalam masa yang sama dia terpaksa memberikan tumpuan terhadap pembikinan drama pertama arahannya itu sebaik mungkin
Drama tersebut akan disiarkan bermula 5 Jun depan menerusi saluran 8TV yang dibarisi pelakon utamanya Josiah Hogan. - mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments