Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pasangan Kekasih Bertemu Semula Selepas 70 Tahun !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Beryl Martin - Les Hogan
London – Sepasang kekasih yang berpisah sejak 70 tahun lalu, bertemu semula selepas si wanita mengesan nama kekasihnya di atas sekeping CD ketika bercuti ke kampung halamannya.
Beryl Martin, 90 dan Les Hogan, 92, merupakan pasangan kekasih sejak remaja namun hubungan mereka terputus selepas Perang Dunia Kedua meletus.

Martin kemudiannya menyertai Perkhidmatan Tentera Laut pada 1943.

Pertemuan semula pasangan itu berlaku selepas Martin yang juga moyang kepada lima cicit itu telah dibawa oleh anak perempuannya, Ruth Reeves, 66 pulang ke kampung halamannya sebagai hadiah hari jadi di Sheerness, Kent.

Martin kemudiannya menemui sekeping CD bertajuk `’Songs of Sheppey’ oleh ‘Les Hogan’ di sebuah kedai.

Menyedari kemungkinan penyanyi itu adalah bekas kekasihnya, dia kemudiannya mengesan penyanyi berkenaan dan mereka akhirnya bertemu semula.

“Ia merupakan sesuatu yang amat menakjubkan apabila melihat kawan lama anda semula selepas tempoh waktu yang panjang kerana bukan semua orang dapat menikmati kehidupan sehingga usia 90 tahun.

“Kami tidak akan mengenali satu sama lain jika tidak diperkenalkan. Kami berbual mengenai kisah silam,’’ kata Hogan.

Hogan yang dibesarkan di Hong Kong berkata, ketika berpindah ke England, dia berusia 16 tahun dan tidak mengenali sesiapa pun.

Kedua-duanya bertemu di sebuah gereja dan kemudiannya mula berkawan rapat.

Hogan kemudiannya menyertai Pasukan Simpanan Tentera Laut dan berkhidmat ke merata negara sebelum Jepun menyerah kalah pada 1945.

Hogan telah berkahwin dengan Loy yang juga berusia 92 tahun selama 42 tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments