Denmark – Sebuah rancangan televisyen
yang memaparkan bagaimana seorang wanita berbogel di hadapan dua juri
lelaki sambil juri berkenaan mengkritik badannya, telah mencetuskan
kemarahan penduduk di negara berkenaan.
Selain menjijikan, rancangan `Blachman’
ini juga dianggap sebagai memalukan kaum wanita dengan niat
merendah-rendahkan martabat mereka.
Rancangan berkenaan yang disiarkan menerusi siaran DR itu dihoskan oleh juri X-Factor Denmark, Thomas Blachman.
Juri-juri yang memberikan komen kepada
wanita yang berbogel itu bebas berkata apa sahaja mengenai bentuk badan
wanita tersebut hinggakan ada komen-komennya yang amat memalukan .
Biarpun berdepan kecaman hebat namun,
Blachman yang juga pereka konsep rancangan berkenaan berkata, dia hanya
mengikut kehendak wanita yang inginkan lelaki memberikan penilaian
terhadap badan mereka.
“Rancangan ini adalah satu usaha yang bijak dan kami tidak akan membiarkan komen-komen yang diberikan berunsur lucah.
“Idea keseluruhan rancangan ini adalah memberikan komen-komen yang diingini oleh wanita,’’ katanya.
Namun Blachman yang berdepan dengan kritikan tersebut telah pulang ke New York.
Sementara itu, salah seorang blogger
terkemuka di negara berkenaan, Lotte Hansen kini berusaha melancarkan
kempen bagi mendesak DR membatalkan rancangan berkenaan sebelum ia
menjadi lebih buruk.
Sambil menyifatkan rancangan itu sebagai
memperbodohkan orang ramai, ia juga menunjukkan penerbitnya tidak
mempunyai idea untuk menghasilkan rancangan yang lebih berkualiti.
No comments
Post a Comment