Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Polis Dihukum Lakukan Seks Oral!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Polis
KOTA BHARU – Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.
Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius.
“Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan,” katanya.
Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments