Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Nicki Minaj Terkedu Dilamar Rakan Baik!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nicki terkedu apabila dilamar oleh rakan baiknya, DJ Khaled.
PENYANYI rap Nicki Minaj terkedu apabila dilamar oleh rakan baiknya iaitu DJ Khaled semasa muncul dalam program MTV News baru-baru ini.

Menurut Daily Mail, Nicki, 30, pada mulanya menganggap lamaran menerusi rakaman video itu sebagai jenaka namun kesungguhan lelaki tersebut telah membuatkan wajah penyanyi kontroversi itu berubah dan terdiam.
"Saya cintakan awak. Saya sukakan awak. Kita banyak persamaan. Sudikah awak menjadi isteri saya?'" kata DJ Khaled.
DJ Khaled meluahkan perasaan cintanya kepada Nicki.
Khaled turut membawa sebentuk cincin bertatahkan berlian untuk Nicki dan ia dilaporkan bernilai USD500,000 (RM1.5 juta).
Malah Khaled turut memuat naik video lamarannya kepada Nicki ke Youtube dan sehingga kini masih menunggu jawapan daripada Nicki.
Nicki bagaimanapun tidak memberi respons kepada permintaan lelaki itu malah jurucakapnya enggan mengulas tentang tindakan Khaled.
mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments