Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] GAMBAR: Pengasas Arab-Malaysian Bank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

GAMBAR: Pengasas Ambank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah
Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Menurut portal The Malaysian Insider, beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian.
Kejadian berlaku kira-kira pada jam 1.30 tengahari.
Isterinya yang cedera dikejarkan ke hospital.
Difahamkan mangsa lelaki maut setelah ditembak di kepala manakala mangsa wanita terkena tembakan di kaki.
Menurut seorang saksi yang berada di kawasan sekitar tempat kejadian, beliau terdengar bunyi letupan sebanyak tiga das dipercayai tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa.
Ketika kejadian, pasangan terbabit dikatakan baru turun dari kereta dipandu pemandu mereka.
Kemudian datang seorang lelaki yang menaiki teksi sebagai penumpang, terus masuk ke dalam kawasan parkir lantas menembak kedua-dua mangsa. - Mynewshub
tembakan
hype-bukit-bintang1

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments