Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] VIDEO: Siti ‘Panjat’ Pokok Rambutan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza, antara artis yang sangat aktif memuatnaik gambar dan video di laman Instagram.

Kini, Siti berada di utara tanah air. Dia ke sana bersama suami, Dato K yang memandu sendiri selain ditemani dua anak tirinya, Asyraf dan Adib.
Ketika mula-mula sampai di Pulau Pinang, Siti sempat berseloroh tentang pemanduan Dato K yang hanya mengambil masa selama dua jam. Sebenarnya bagi pengikut Instagram Siti, mereka pasti perasan sejak akhir-akhir ini Dato K begitu sporting melayan kesukaan Siti memuatnaik video dengan memberikan respon apabila diminta.
Siti turut merakam dan berkongsi aktiviti amal yang dilakukan mereka anak beranak termasuk memberikan sumbangan pakaian kepada warga emas di sebuah tempat di samping mengikut Dato K melakukan kunjungan semula ke sekolah lamanya, SMK Pekula Jaya di Tikam Batu, Kedah.
Apa pun, rakaman yang paling sweet adalah video bagaimana Siti sangat teruja memetik rambutan yang sedang ranum sambil dibantu anak-anak tirinya di kampung Dato K. Dapat didengar Siti sempat mengomel, “Dah lama tak panjat pokok rambutan!”
Hm, terserlah kebahagiaan hidup Siti sekarang kan? - Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments