Nama pelakon yang mendapat jolokan sebagai Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin kembali menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan penggiat industri hiburan tempatan.
Ini berikutan kononnya aktres tersebut adalah pelakon yang dimaksudkan ditangkap tidak berpuasa selain asyik bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, dua hari lalu.
Walaupun rata-rata peminat mengatakan pelakon yang ditangkap itu adalah dirinya namun Lana telah tampil memberikan penjelasan menafikan individu yang ditangkap itu merupakan dirinya.
Dalam perkembangan lain, pihak media telah mendapatkan kenyataan daripada bekas majikannya iaitu Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, Syarizan Md Isa mengenai kontroversi yang melanda artis di bawah naungan syarikatnya suatu ketika dulu.
“Pihak pengurusan Aquila Emas memang tidak masuk campur hal peribadi artis. Lagipun kontrak Lana dengan Aquila Emas sudah lama tamat,” katanya memetik laporan portal Gua.
Bagaimanapun, Syarizan mengakui sepanjang aktres kelahiran Sarawak itu berada di bawah pengurusan Aquila Emas, displin dan sikapnya amat sukar dijangka.
“Kalau nak bercakap tentang displin, ia sungguh subjektif. Ada kala displin Lana sangat baik, ada masa tidak begitu bagus,” kongsinya lagi sambil menjelaskan kontrak Lana dengan Aquila Emas tidak disambung bukanlah disebabkan masalah displin artis tersebut sebaliknya ianya di atas persetujuan bersama dari kedua-dua belah pihak.
No comments
Post a Comment