Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ashraf Muslim Mengaku Pernah Ponteng Puasa!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ramai antara kita yang mempunyai kenangan indah mahupun mencuit hati ketika menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya.
Tidak terkecuali buat pelakon filem Aku Masih Dara, Ashraf Muslim yang mengaku pernah ponteng puasa sebelum ini.

“Saya selalu puasa penuh masa kecil-kecil tapi masa sekolah menengah saya banyak ponteng puasa. Ketika itu saya terikut kawan-kawan.

“Semasa kecil, saya boleh berpuasa penuh kerana mak ayah pantau tetapi bila sudah sekolah, lain jadinya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Pelakon berusia 32 tahun ini turut berkongsi kenangan mencuit hati di mana ketika bersahur, dia tidak sedar telah menghabiskan nasi dan lauk.

“Sahur selalunya makan ringkas-ringkas saja, masak mana yang sempat. Nasi putih dengan ikan goreng atau telur dengan kicap pun jadi.

“Saya paling susah nak bangun sahur masa dulu,” katanya.

Bercakap soal raya, perkara paling menggembirakan kanak-kanak pastinya mengumpul duit raya dari rumah ke rumah.

Ashraf juga tidak terlepas merasai pengalaman itu ketika di kampung asalnya, Melaka.

“Kalau cakap tentang duit raya, dapat 20 sen atau 50 sen pun dah gembira masa itu. Satu hari itu, kalau dapat kutip RM 30 kira paling banyaklah.

“Memang seronok masa raya. Rumah tak kenal pun kita masuk,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengimbau kembali memori lama.http://www.sinarharian.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments