Jika kita meminati Michael Jordan dalam arena bola keranjang mungkin anda boleh mengubah radar minat anda kepada bayi berusia dua tahun yang begitu tepat dalam bermain bola keranjang.
Digelar “Trick Shot” Titus Ashby si kecil itu sentiasa berjaya membuat jaringan dengan lontaran bola keranjang.
Bagaimanapun, video rakaman live televisyen Fox memaparkan Titus menangis selepas bola yang dibaling hos rancangan terkena mukanya.
Titus sudah mula menjaringkan bola keranjang sejak berumur 15 bulan dan telah menjadi sensasi internet sejak kanak-kanak lain Joseph memuat naik videonya online.
Selepas kejadian itu, hos Brian Kilmeade meminta maaf dan Titus didukung oleh ayahnya yang pantas menenangkannya yang menangis, maklumlah kanak-kanak lagi.
Titus sebelum itu sudah mencipta sejarah dengan menewaskan Legenda NBA Shaquille O’Neal dalam satu sesi shootout dalam rancangan televisyen Jimmy Kimmel Live.
No comments
Post a Comment