Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Akim Dipinggir Astro Walaupun Berbaki Kontrak 4 Tahun?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Akim Ahmad
Kebelakangan ini memang jarang kelihatan kelibat penyanyi dan pelakon Akim Ahmad di mana-mana rancangan terbitan syarikat naungannya iaitu Astro.

Walaupun kontraknya bersama syarikat tersebut masih lagi berbaki selama empat tahun, Akim mengambil pendirian tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung situasi yang melandanya itu.
Sebaliknya, rezekinya kini lebih dilihat menyerlah dengan pelbagai produk lakonan dan pengacaraan yang dilakukannya untuk saluran televisyen milik syarikat Media Prima Berhad.
Mengulas mengenai perkara itu, Akim menjelaskan, “berkenaan dengan Astro, saya sebenarnya masih ada kontrak yang berbaki empat tahun, tapi itulah saya banyak dapat ‘job’ luar berbanding Astro. Untuk raya pula setakat ini saya tidak ada apa-apa lagi program bersama mereka. Mungkin rezeki lebih di luar, apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada saya”.
Menerusi TV3, peminat Akim boleh menyaksikan drama terbaru lakonannya bersama Nad Zainal yang berjudul Kampung Girl yang akan bersiaran bermula hari ini selain bakatnya menjadi pengacara dalam rancangan berbentuk sukan iaitu Mencari Ramli Musim ke 2.
“Kebelakangan ini saya memang sering keluar di TV3 seperti jadi pengacara di Mencari Ramli Musim ke 2, raya nanti pula saya ada drama ‘Abang Long vs Kak Yong’ lakonan bersama Yana Samsudin dan terbaru bakal muncul di Slot Zehra TV3 menerusi drama ‘Kampung Girl’ yang akan ditayangkan setiap hari Jumaat,” katanya yang dipetik melalui portal gosip Buah Mulut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments