Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Angelina Jolie Bakal Arah Filem Unbroken!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Angelina Jolie
Selepas kejayaan filem pertama arahannya, In The Land of Blood and Honey pada 2011, pelakon berbibir seksi, Angelina Jolie kini dijadualkan bakal mengarah filem keduanya yang diberi judul Unbroken.

Jolie, 37, bakal memulakan penggambaran filem yang berlatarbelakangkan era Perang Dunia Kedua dalam masa terdekat ini dan aktres itu dilaporkan sudah meninjau beberapa lokasi di sekitar Hawaii untuk projek terbarunya itu.
Skrip filem itu bakal diadaptasi daripada novel nukilan Laura Hillenbrand yang berjudul Unbroken: A World War II Story of Survival, Resilience and Redemption.
Unbroken mengisahkan kisah hidup pejuang perang, Louis Zamperini lakonan aktor kelahiran British, Jack O’Connell selepas dirinya terselamat dalam nahas kapal terbang sebelum dirinya ditangkap oleh askar Jepun dan dihantar ke sebuah penjara yang menempatkan tahanan-tahanan perang pada ketika itu.
Filem ini merupakan projek terbaru ibu kepada enam orang anak itu selepas dirinya berehat seketika selepas menjalani pembedahan masektomi iaitu kaedah rawatan awal untuk membuang ketumbuhan di payu dara.
Ini berikutan Jolie disahkan berkemungkinan besar sebanyak 87 peratus menghidap penyakit kanser payu dara sekiranya langkah pencegahan awal tidak diambil secepat yang mungkin.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments