Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Keranda Terbang di KKIA masih menjadi misteri hingga sekarang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

kerandaterbang
Wowwww!!! Ada Siapa-Siapa masih ingat cerita keranda terbang di airport KKIA dulu? Hehe.Kejadian ini berlaku pada tahun 2002 bulan 10 kalau tidak silap saya. Imej yang berjaya ditangkap ini popular sekejap di akhbar tempatan dan pernah masuk Misteri Nusantara TV3 satu ketika dulu. Imej yang berjaya ditangkap oleh kamera pengawasan pihak lapangan terbang menunjukkan objek berkenaan berbentuk seperti keranda.

kerandaterbang
Keranda berkenaan terbang ke udara dari laut menuju ke terminal dengan kelajuan yang tinggi dan menghilang di sebalik bukit yang berdekatan. Semuanya berlaku dengan pantas. Beberapa orang pegawai lapangan terbang yang bertugas pada masa itu sempat menyaksikan sendiri keranda terbang ini dan pakcik sekuriti yang bertugas juga turut memberitahu yang beliau nampak keranda terbang ini. Apa yang pelik ialah radar tidak dapat mengesan objek ini.
Teori 
 Banyak teori berkaitan dengan keranda terbang ini. Antaranya ialah Unidentical Flying Object aka UFO. Ada yang cakap lagi, ini cuma pembiasan cahaya antara cahaya spotlite, cahaya pesawat, cahaya lampu rumah dekat airport dan cahaya bulan. Keranda yang kita nampak ialah pesawat yang berlepas. Separuh imej pesawat hilang sebab biasan cahaya.
Tidak lama selepas itu, penemuan keranda berdarah ditemui oleh penduduk di sebuah kampung di Sarawak iaitu Kg Setapang.
Keranda berdarah itu ditemui hanyut di Sungai Tembawan dan pada badan keranda yang ditampal itu mempunyai nombor siri MasKargo. Penemuan ini menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Iban di sana kerana mereka percaya bahawa penemuan keranda seperti ini boleh membawa nasib yang buruk.
 Rupa-rupanya keranda berkenaan digunakan untuk majlis pengebumian dan akan dibakar tetapi tukang bakar memilih untuk menghanyutkannya. Apapun objek yang terbang di airport itu, masih misteri dan kekal mister sehingga sekarang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments