Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Adam Lambert Berlakon Glee Musim Terbaru!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Adam Lambert
Penyanyi kelahiran program realiti American Idol, Adam Lambert dilaporkan bakal membintangi musim terbaru siri drama muzikal popular, Glee.

Penglibatannya dalam produksi yang memulakan penggambaran bagi musim kelima itu telah dikongsikan sendiri oleh pengarah Glee, Ryan Murphy melalui akaun Twitternya dengan menulis, “saya dengan terujanya mengumumkan artis berbakat, Adam Lambert bakal menyertai barisan pelakon Glee bagi musim terbarunya”.
RYAN
Rancangan yang telah diterbitkan pada 2009 itu dibintangi barisan artis popular seperti Matthew Morrison, Lea Michelle, Cory Monteith, Amber Riley, Dianna Agron dan ramai lain.
Selain itu, Glee yang pernah memenangi Anugerah Drama Bersiri Komedi dan Muzikal Terbaik ini turut pernah menjemput bintang undangan seperti Gwyneth Paltrow, Britney Spears dan Kate Hudson untuk memeriahkan lagi siri kegemaran ramai itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments