Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Lana Nordin NAFI Dicekup Main Mahjung, Akui Tidak Berpuasa Kerana Terlantar Sakit!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Lana Nodin
Dunia hiburan digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang artis wanita yang sedang asyik bermain mahjung dan tidak berpuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, pada Rabu. Ketika serbuan, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu sedang bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Khabar angin mengatakan artis wanita yang dimaksudkan adalah pelakon kontroversi, Lana Nodin. GUA menghubungi Lana untuk mendapatkan keterangan lanjut daripadanya berkenaan khabar angin ini.
“Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang,” jelas Lana yang pernah muncul dalam filem ‘Chow Kit’ ini.
“Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat,” jelas Lana lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.
Mengulas mengenai hubungannya dengan teman lelakinya, Lana menyatakan hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. Dalam perkembangan lain, Lana baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri ‘What If’ arahan Jehan Miskin yang disiarkan di 8TV.
Dia kini sedang menantikan tarikh untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama siaran RTM. Sempena bulan Ramadan ini, Lana juga aktif dalam menghadirkan diri ke majlis amal berbuka puasa. – Gua

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments