Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Buaya Ganas Sebagai Penjaga Rumah Elak Kecurian!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Awirut Nathip mengatakan tidak ada pencuri yang mendekati rumahnya selama lima belas tahun kerana peliharaannya telah menjaga dengan baik.
Pencuri sering menjadi permasalahan di Bandar Phitsanulok, dimana Awirut Nathip dan keluarganya tinggal. Tetapi, dia berterima kasih dengan sistem keselamatannya yang sempurna, mereka tidak pernah ada masalah kecurian selama lima belas tahun ini.

Mereka cukup cemas dengan keselamatan sehinggakan mereka membeli buaya sebagai peliharaan, bernama Thong dan Ngen. Selepas itu, tidak ada kecurian di rumahnya.

"Anjing penjaga" milik Awirut memang agresif, terutama ketika musim panas. Untuk menjaga buaya tetap di bawah control dan membuatnya tidak mengecewakan kerana panas, dia menyembur air sejuk sepuluh kali setiap hari, dan membiarkan buaya berada di bilik berhawa dingin.

Ngen dibiarkan bermain di kolam ditepi rumah, kerana Ngen sangat agresif, sementara Thong berada di halaman rumah.

Walaupun banyak yang berpendapat buaya cukup berbahaya tidak hanya bagi Awirut dan keluarganya, tetapi juga jirannya, mereka (jiran) tetap menerima buaya sebagai penjaga rumah, dan merasa lebih selamat ketika pemangsa itu dekat dengannya.

Prajit Charoensakkhajon berkata, "Saya tidak takut dengan buaya, justru saya merasa aman ketika mereka menjaga rumah. Tidak ada pencuri yang berani mendekati buaya ganas.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments