Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Sheeda Berjaya Dapat Perintah Hak Penjagaan Anak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sheeda Berjaya Dapat Perintah Hak Penjagaan Anak
Penyanyi dangdut Sheeda tidak mampu menahan tangisan apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan ex-parte pihaknya bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli.
Hakim Syarie, Nasser Abd. Aziz membenarkan permohonan Sheeda yang difailkan pada 21 Jun lalu, selepas mendapati terdapat elemen yang mendesak iaitu membabitkan persekolahan remaja terbabit.

Alasan utama Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M. Shahul Hameed, 50, selaku pemohon memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) kerana risau Nur Fazlinda tidak hadir ke sekolah sejak Mei lalu.

Sheeda berkahwin buat kali ketiga pada tahun 2008 dengan seorang guru, membuat permohonan tersebut mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998. Dia diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sheeda sebelum ini mempunyai dua orang anak Hafizul Razli, 28, Norrazlinda Razli (Bienda), 27, hasil perkahwinan terdahulu.

Nur Fazlinda merupakan satu-satunya anaknya dengan Ahmad Fazli Mohammad, 38, yang merupakan perkahwinannya yang kedua.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments