Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kematian Ngeri penyelia Ladang Bukan Dendam Pengganas Sulu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bukan Dendam Pengganas Sulu


Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mengatakan kematian seorang penyelia ladang di Felda Sahabat 10 di Lahad Datu yang berusia 27 tahun yang berasal dari semenanjung di Lahad Datu mempunyai kaitan dengan dendam pengganas Sulu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat, “Saya menafikan sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki ini ada kaitan dengan dendam yang dibuat oleh kaum Sulu.”



Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai, Mohd Nor Azfar Noh, 27, berasal dari Kota Tinggi, Johor ditemui mati oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Fajering di atas jalan raya, kira-kira 1.5 kilometer daripada Balai Polis Cenderawasih.

Tambahnya lagi, daripada laporan tersebut, sepasukan anggota forensik daripada Balai Polis Cenderawasih bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan forensik mendapati kepala mangsa pecah dan terdapat kesan lubang di bahagian perut sebelah kanan.

“Kami percaya bahawa mangsa ditikam di perut dengan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Susulan kes tersebut, seorang lelaki yang berumur 39 tahun dipercayai suspek kes ini ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai orang terakhir bersama mangsa kerana suspek dipercayai datang ke rumah suspek di Felda Sahabat 42 untuk mengajak suspek keluar ke kedai untuk minum.

“Selain itu, terdapat kesan darah di bawah kenderaan suspek dan pihak polis merampas kenderaan milik suspek,” katanya.

Shamsudin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Katanya, pihak polis masih lagi menyiasat motif kes ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments