PENYANYI Justin Bieber mengalami kejadian memalukan apabila diarahkan keluar kerana masih di bawah umur ketika mengunjungi sebuah kelab malam di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Seperti dipetik The Sun, penyanyi lagu Beauty and a Beat itu diusir petugas kelab hiburan kerana belum berumur 21 tahun.
Pada awalnya, penjaga pintu sudah melarang penyanyi tersebut daripada memasuki kelab itu namun tidak diendahkan oleh Justin yang tetap menggunakan laluan belakang.
“Kelab itu tidak membenarkan dia masuk kerana dia baru berusia 19 tahun namun dia dan teman-temannya berusaha masuk melalui pintu belakang,” ujar sumber. – mStar Online
No comments
Post a Comment