Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Richard Lee Norris - Pembedahan menukar wajahnya berjaya dilakukan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Baltimore: Lelaki yang menjalani pembedahan menukar wajahnya pada tahun lalu kini menunjukkan proses pemulihan mengagumkan.

Richard Lee Norris kehilangan rahang atas dan bawah, selain bibir, gigi dan lidah dalam kemalangan berlaku pada 1997.
Sejak itu Norris, kini 38, menjalani hidup amat sukar sebelum menerima wajah baru daripada penderma dalam pembedahan pada Mac tahun lalu di Pusat Perubatan Maryland di Baltimore. Dalam tempoh seminggu, Norris mampu memberus gigi dan bercukur. 

Doktor yang mengetuai pembedahan itu, Dr Eduardo Rodriguez berkata, prosedur dilakukan ke atas Norris adalah satu daripada yang paling sukar kerana membabitkan lidah dan gigi.

“Proses pemulihan wajah itu berada jauh di dalam bahagian muka Norris serta ia tidak boleh dilihat,” katanya. Kini Norris mampu merasa melalui mukanya, boleh tersenyum dan pertuturan pula kian pulih. Dia juga sedang mengikuti pembelajaran dalam bidang sejarah seni melalui Internet. - Agensi


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments