Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kanak-Kanak 12 Tahun Mampu Jinakkan Ular!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kanak-kanak
KUALA KRAI – Biarpun baru berusia 12 tahun, Muhammad Aidil Fazli Mahadi ada keistimewaan tersendiri apabila mampu menjinakkan beberapa spesis ular berbisa sejak dua tahun lalu.

Murid Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, dekat sini, itu malah dianggap beruntung kerana mendapat didikan abang sendiri, juga seorang penjinak ular tersohor, Mohd Hamdan Mahadi.
Muhammad Aidil Fazli berkata, dia mula tertarik dengan reptilia itu kira-kira dua tahun lalu selepas sering bermain ular yang dibawa pulang abangnya ke rumah mereka di Guchil 1.
“Bila abang nampak saya minat bermain dengan ular, dia suka bawa saya bersama bila dipanggil untuk menangkap ular dan masa buat persembahan,” katanya semalam.
Muhammad Aidil Fazli berkata, semenjak mula berjinak dengan ular, dia pernah dua kali dipatuk tedung senduk dan sekali digigit ular sawa namun bersyukur kerana tidak cedera serius.
“Setakat ini, abang hanya beri saya tangkap ular sawa dan kadang-kadang tedung senduk tetapi tedung selar memang dia tak benarkan saya tangkap lagi,” katanya.
Mohd Hamdan pula berkata, dia tidak membenarkan Muhammad Aidil Fazli menangkap tedung selar kerana adiknya belum cukup mahir untuk menjinakkan reptilia berbisa itu.
“Kalau ular sawa dan senduk, adik saya sudah boleh jinakkan sendiri tanpa bantuan saya tetapi kalau tedung selar, saya akan tangkap sendiri.
“Masa saya buat persembahan ular, dia boleh bermain dengan tedung selar tetapi kalau nak tangkap, memang dia tak boleh lagi buat masa sekarang,” katanya. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments