Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pembunuh Dirang Muidin Maidin Dihukum Gantung Sampai Mati!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kes Bunuh
Mahkamah Tinggi di Johor Bharu sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muidin Maidin, 26, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut selepas mendapati keterangan pembelaan ke atas Muidin gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11.30 pagi 1 Mac 2012 sehingga 12 pagi 2 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mengaku menjadikan dendam motif utama, lelaki itu nekad menculik Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang yang merupakan cucu warga emas berkenaan ketika si kecil keluar dari rumahnya yang terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang seorang diri pada 1 Mac tahun lalu.
Dirang
Pada hari kejadian, Dirang keluar rumah untuk membeli mi segera setelah mengadu lapar sebaik bangun tidur kepada ibunya. Siapa sangka, hajat untuk menikmati makanan tidak kesampaian apabila dia kemudiannya dicekik sampai mati. Sudah pasti, si kecil yang baru berusia 5 tahun itu masih terlalu mentah untuk mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu.
Tidak cukup dengan meragut nyawa Dirang, pembunuhnya memasukkan pula mayat Dirang ke dalam satu lubang sebelum dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.
Tujuh hari kemudian, barulah mayat Dirang yang hanya tinggal serpihan rangka rentung ditemui anggota polis yang melakukan siasatan selepas kehilangannya dilaporkan ibu bapa Dirang, Roselyn Alan, 25, dan Lima Medeng, 25. Ujian DNA mengesahkan perkara ini.
Dirang-Nurul-Nadirah
Sebaik sahaja berita pembunuhan kejam Dirang diketahui umum menerusi laporan media massa, rata-rata masyarakat yang berang mendoakan pembunuhnya segera diadili dan diberikan hukuman berat.
Hari ini, doa dan harapan itu nyata terlaksana. Pembunuh Dirang, buruh kontrak bernama Muidin Maidin, 27, diputuskan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas pihak pembelaan didapati gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat.
Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya.
“DNA kamu berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.
“Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.
“Kamu cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan kamu menjangka kamu bijak,” katanya.
Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit.
Syukurlah, keadilan terhadap Dirang dapat ditegakkan. Semoga hukuman ini mampu menimbulkan gerun di hati manusia yang terdetik mahu berbuat jahat terutama terhadap anak kecil di luar sana!

Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments