Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Shae mengaku pernah putus cinta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Selesa berada di Malaysia membuatkan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Sayang, Shae ingin terus berkarya dan berkunjung ke sini walaupun tanpa sebarang urusan pekerjaan.

Penyanyi bernama Sheryl Gething, 19, ini melihat sikap ramah mesra rakyat Malaysia membuatkan dia begitu menyayangi negara ini, namun bukan bermakna dia akan terus melupakan negara sendiri.

“Saya suka dengan budaya dan cara hidup orang Malaysia yang baik. Semua yang saya temui begitu baik dengan saya membuatkan saya rasa ingin kerap datang ke sini. Selain itu, makanan di sini juga menarik dan sedap. Antara yang menjadi kegemaran saya setiap kali berkunjung ke sini ialah roti canai.


“Bukan itu saja, pelbagai jenis makanan yang tidak ada di negara saya dapat saya cuba dan semuanya enak-enak belaka,” katanya.


Shae hadir ke Malaysia buat kali kelima bagi mempromosikan single keduanya berjudul Cintaku Tlah Mati Untukmu ciptaan Posan Tobing. Tidak hanya sekadar single, Shae turut mempromosikan album penuhnya iaitu The First yang memuatkan lapan lagu.
 - Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments