Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tiada Polis,Tiada FRU Di Perhimpunan Haram Stadium Kelana Jaya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PETALING JAYA – Tiada polis beruniform, tiada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan tiada jentera pancutan air kelihatan semasa pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya di sini.
Perhimpunan itu, yang dihadiri ribuan orang, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sekitar kawasan berkenaan sejak petang semalam sehingga lewat tengah malam.
Perhimpunan haram itu dihadiri sebilangan pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, dipercayai ini kali pertama perhimpunan haram anjuran pembangkang itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform, termasuk unit trafik.
Polis mengklasifikasi perhimpunan berkenaan sebagai haram berikutan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebelum itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa notis.
“Kita juga sedang mengkaji ucapan (pemimpin) tadi yang mempunyai kecenderungan menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya kepada Bernama menerusi khidmat sistem pesanan ringkas.- BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments