Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Terpulang Dia Nak Kahwin Berapa Ramai!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Terpulang Dia Nak Kahwin Berapa Ramai!
Nama wanita ini tiba – tiba sahaja muncul disaat kemelut yang melanda rumahtangga Ashraf Muslim yang dikatakan mahu bernikah lain, hal sebegini sudah tentulah memberi sedikit impak buat Sherry Ibrahim apabila dia merupakan bekas kekasih aktor kacak tersebut sebelum Ashraf bernikah dengan Noor Dayana Lokman.
Nyata bekas pramugari Qatar Airways ini yang kami temui di Sri Pentas TV3 sempena pelancaran drama Teduhan Kasih terkejut dengan soalan yang diajukan berkenaan masalah rumahtangga yang dihadapi Ashraf Muslim pada ketika ini.
Jelasnya “Ehh.. Saya memang tak tahu apa-apa pun yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh beliau, Lagipun saya dengan dia dah memang lama tidak berhubung. Lagipun saya jarang baca akhbar mahupun cerita-cerita gosip yang sebegini. Jadi memang saya tak mengikuti langsung perkembangan dia”
Sherry juga menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan dia adalah punca kemelut rumahtanggga yang melanda Ashraf sejak kembali ke Malaysia.
mainpi81
“Memang tidak benarlah jika ada mengatakan masalah yang dihadapi oleh Ashraf bersangkut paut dengan saya. Bagi saya dia sudah jadi sejarah dalam hidup saya, semua orang tahu akan kebenaran itu. Saya pun tidak faham kenapa saya masih lagi dikaitkan dengan dia. Biarlah dia nak kahwin seberapa ramai jika dia mampu lagi pun itu urusan dia.”
“Saya pun sejak berhenti jadi pramugari dan kembali menetap di Malaysia sudah memulakan hidup yang baru. Saya sendiri pun kini sedang berkawan rapat dengan sesorang dari negara Mauritius yang dikenali ketika saya bertugas di Qatar Airways. Jadi cukuplah kaitkan saya dengan Ashraf Muslim lagi”
Menyentuh mengenai perkembangan kerjayanya pula Sherry memaklumkan kepada kami yang dia kini bakal muncul dengan sebuah drama Teduhan Kasih yang diadaptasi dari Novel hasil karya Sarah Marissa. Jelasnya juga Teduhan Kasih lakonan bersama Adi Putra & Nabila Huda ini bakal keudara di Slot Akasia TV3 bermula 15 Mei, 7.00 malam di TV3 – Buahmulut.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments