PENYANYI Enrique Iglesias akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya selepas 12 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Anna Kournikova.
Contact Music melaporkan, pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan mereka pada minggu hadapan dalam sebuah majlis tertutup.
Sumber kepada penyanyi itu memberitahu, Anna pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini tetapi Enrique menolak namun kali ini dia sudah bersedia untuk bergelar suami.
Tambah sumber itu, pada majlis itu nanti ramai selebriti terkenal turut diundang bagi meraikan pasangan itu seperti Nicole Scherzinger, Lewis Hamilton, Jennifer Lopez, Eva Longoria, David dan Victoria Beckham. [Mstar]
No comments
Post a Comment