Walaupun jauh diperantauan, namun Yuna sentiasa mendapat sokongan dan perhatian baik media mahupun peminat -peminatnya di sini. Malah media tempatan juga antara medium yang memberikan perkembangan terkini mengenai bintang yang semakin bersinar di Los Angeles, Amerika Syarikat itu kepada peminat-peminatnya di tanah air.
Namun daam akhbar Kosmo! hari ini menyebut, pada malam semalam sekitar pukul 10.30 malam waktu Malaysia, teman rapat Yuna yang turut terbabit dengan pembikinan muka hadapan album EP yang baru direlase penyanyi itu yang berjudul Sixth Street, Julian Schratter melalui akaun Instagramnya, throughjuleslens menyelar tindakan media Malaysia.
Tindakan itu jejaka itu gara-gara dilihat tidak berpuas hati dengan ulasan yang telah ditulis oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada awal minggu ini mengenai hasil EP Yuna yang dikatakan kurang mengancam.
Menerusi penggunaan frasa ‘overdone and uninventive’ atau diterjemahkan sebagai tidak berdaya cipta dan keterlaluan, Julian dengan mudah membuat kesimpulan dengan memberikan konotasi negatif terhadap petugas media Malaysia.
Katanya melalui gambar salinan skrin artikel terbabit yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu dalam bahasa kasar: “Saya terkesima seketika kemudian saya sedar bahawa saya membenci semua media Malaysia dan saya tidak ambil pusing apa yang mereka ingin katakan.”
Bagaimanapun, gambar tersebut telah dikeluarkan daripada laman sosial Instagram milik Julian.
Julian merupakan jurufoto rasmi Yuna sepanjang berada di Los Angeles dan sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia bersama Yuna pada pertengahan Februari lalu. Malah jejaka tinggi lampai itu pernah didakwa bercinta dengan pelantun Terukir di Bintang itu tatkala tersebarnya gambar-gambar mesra mereka di Instagram. Namun mereka belum pernah mengesahkan akan dakwaan tersebut.
Ramai berpendapat, tidak salah bagi Julian memberikan komen pedas seandainya hasil kerja itu tidak selari dengan penulisan media. Mungkin Julian juga terasa hati dengan ulasan itu kerana dia turut sama terlibat dalam pembikinan album tersebut.
Cuma… tidak adil untuk menghakimi keseluruhan media Malaysia atas satu ulasan yang dirasakan tidak enak didengar. Tidak salah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ulasan itu tetapi jangan sampai semua media Malaysia, dia benci.
Rasanya Julian pun perlu peka, kerana kalau tidak kerana media Malaysia, Yuna tidak akan terkenal dan popular hingga ke Hollywood sana. Dan jangankan kerana kelantangan Julian ini, takut-takut boleh menjejaskan imej cemerlang Yuna pula nanti.
Sumber: Malaysian Digest
No comments
Post a Comment