Tidak seperti kebanyakan selebriti yang lebih suka bersosial, yang mana merupakan salah satu skop kehidupan yang sering kali dikaitkan dengan golongan terbabit, aktres ini nyata mempunyai aktiviti kesukaannya yang tersendiri apabila berada di rumah.
“Saya jenis yang tak suka melepak sebenarnya. Jika ada masa terluang, saya akan duduk sahaja di rumah. Saya lebih suka melakar dan melukis jika ada waktu senggang,” katanya memetik laporan portal Gua.com.my.
Dalam perkembangan lain, Cristina yang dilabel sebagai Zooey Deschanel Malaysia ini bakal muncul dengan filem sulung lakonannya, KIL yang mengandingkannya dengan aktor berbakat besar, Redza Minhat, yang akan ditayangkan bermula 30 Mei depan.
No comments
Post a Comment