Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ramona Zamzam doa kebahagiaan Fouziah Gous!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ramona Zamzam

Bukan niat di hati untuk menjaja sebarang cerita, apatah lagi kisah yang disiarkan itu bukan berkaitan karier seninya.
Namun, bagi Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, dia sedar kisah hidupnya bukan lagi satu perkara privasi dan itulah harga yang perlu dibayar apabila dia memilih untuk berkecimpung dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, gambar sosial dan gambar bersama bekas kekasihnya tersebar, kini nama Ramona kembali menjadi perhatian setelah kisah kekasihnya dirampas diketahui umum.

Apatah lagi, insan yang kini berada di sisi bekas kekasihnya adalah aktres cantik, Fouziah Gous, dan lebih pahit mereka dikatakan akan melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi.

Namun di sebalik penyebaran cerita tersebut, ada perkara lebih pahit yang harus ditelan Ramona kerana dia sebenarnya menjadi mangsa keadaan.

"Saya berada di Switzerland ketika artikel yang mengatakan 'Fouziah merampas kekasih Ramona' disiarkan. Itu pun kerana mama yang menghantar keratan akhbar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp Messenger.

"Saya akui agak terkejut, sehinggakan ada wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan sekitar jam dua pagi, tapi saya tidak kisah kerana sekurang-kurangnya dapat memberitahu hal yang sebenar.

"Tapi, saya berani bersumpah saya tidak pernah mencari wartawan apatah lagi menjadi dalang menyebarkan cerita ini," ujarnya kepada Zass.

Ramona berkata, dia sudah pun menutup buku lama dan enggan lagi mengungkit sebarang cerita dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya bersama Fouziah.

"Saya tak mahu lagi orang salah faham. Saya sedar, saya buka mulut sekarang ini pun orang akan salahkan saya. Biarlah penjelasan ini menjadi yang terakhir.

"Saya sudah lupakan semuanya dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah pun membuka buku baru," jelasnya.

Katanya, dia kini lebih senang hidup sendiri dan mahu menumpukan perhatian terhadap karier seni terlebih dahulu.


Bercuti kerana frust?

Dalam pada itu, ditanya mengenai percutian ke luar negara ketika cerita tersebut bertebaran, Ramona mengakui membawa diri ke Eropah bagi menenangkan fikiran.

Ujar Ramona, dia sememangnya sudah lama merancang untuk menziarahi rakan dan saudara mara yang berada di United Kingdom, Switzerland, Itali, dan Perancis.

"Saya bercuti lebih kurang sebulan dan baru sahaja balik ke Malaysia seminggu yang lalu. Saya ke sana seorang diri dan ia lebih kepada sesi terapi diri.

"Dalam masa yang sama, saya memang sudah lama merancang untuk berjumpa dengan rakan dan keluarga yang tinggal di sana. Memang seronok sepanjang berada di negara orang," katanya.


Masih aktif berlakon

Menurut Ramona, dia kini masih berada dalam keadaan 'jet lag' kerana perbezaan waktu antara negara Eropah dan Asia.

Kesannya, dia terpaksa menolak satu tawaran lakonan drama kerana khuatir tidak dapat memberi komitmen kerana sering tidur pada waktu siang.

"Saya sudah cuba untuk tidur pada waktu malam, tetapi hanya pada jam 6 pagi barulah saya terasa mengantuk dan akhirnya saya akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

"Jadi demi tidak memberi masalah kepada produksi tersebut, saya terpaksa menolak tawaran lakonan.

"Namun saya akan terlibat dengan penggambaran sebuah drama pada minggu depan," katanya.


Profil:

NAMA: Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam
NAMA KOMERSIAL: Ramona Zamzam
TARIKH LAHIR: 25 Jun 1990
USIA: 23 Tahun
ASAL: Ipoh, Perak
HOBI: Menunggang kuda, membaca novel, melancong
KERJAYA: Pelajar, pelakon, model
PENDIDIKAN: Pelajar Pengurusan Perniagaan di Segi College
DRAMA: Begitukah Cinta, Nora Elena, Kali Kedua, Nilapura, Sitcom Nana Tanjung, Otai
FILEM: Castello, 2 Hati 1 Jiwa, Sepah The Movie

[Sinarharian]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments