Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wan Raja Terkejut Dikatakan Kaki Perempuan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kali terakhir mendengar perkembangan terbaru aktor yang berusia 35 tahun adalah ketika membintangi filem “Anu Dalam Botol”.
Dikenali sebagai Wan Raja, pemilik nama sebenar Saiful Redzuan A Bakar terkejut apabila timbul gosip mengatakan dia seorang yang gemar bertukar-tukar perempuan kerana dia sendiri seorang yang anti sosial.
Cerita ini timbul apabila Wan Raja turut sama membintangi filem baru arahan Bob Singah bertajuk “Balun” di mana dia berlakon bersama Izara Aishah dan juga Beto Kusyairy.
Menurut Wan Raja, jika gosip yang mengatakan dia seringkali menjual ayat bunga kepada pelakon yang berada di set itu mungkin telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
“Tidak mungkin saya sebegitu kerana saya sendiri jarang keluar dan duduk jauh dari kesibukan kotaraya. Jika keluar pun hanya lepak di mamak bersama kawan lelaki”
“Di set pula, saya seorang yang pendiam jarang bercakap dengan orang, saya pelik macam mana cerita ini boleh timbul,” katanya.
Walaupun di usia 35 tahun, Wan Raja masih belum menemui calon yang sesuai untuk dijadikan isteri, Wan Raja dalam nada bergurau memberitahu mungkin dia terkena sumpahan kerana sehingga kini masih belum berkahwin.
“Saya kena sumpah kot kalau bab-bab perempuan ni sebab tiada seorang pun yang melekat,” katanya lagi.
Meminati lakonan hebat dari Sidi Oraza, Wan Raja anggap isu ini sebagai asam garam menjadi artis. -Rotikaya

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments