MUMBAI – 37 terbunuh manakala 14 yang lain cedera apabila sebuah bas terbabas dari jambatan di barat India, hari ini.
Kemalangan awal pagi tadi itu berlaku di kawasan Khed, daerah Ratnagiri, Maharashtra, kira-kira 350 kilometer di selatan ibu negara India.
“Bas itu ketika itu dipandu laju dan pemandunya mungkin hilang kawalan di sebuah simpang di jambatan berkenaan. Namun belum dapat disahkan sama ada pemandu berada dalam keadaan mabuk,” kata Ketua Polis Khed, Singh Pardesi, hari ini.
Bas berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Goa ke Mumbai.
“Kebanyakan mangsa cedera termasuk pemandu yang mengalami kecederaan di kepala dan lengan sudah dikejarkan ke hospital berdekatan,” katanya. – AFP
No comments
Post a Comment