Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Motosikal hilang kawalan Rempuh Belakang Bas, penunggang maut!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Keadaan mangsa yang terperosok selepas merempuh bas berkenaan.


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah bas di hadapan Kompleks Kerajaan Persekutuan, Jalan Sulaman di sini kelmarin.
Difahamkan, akibat rempuhan itu, tubuh mangsa terperosok ke bawah bas dan menyebabkannya mengalami kecederaan teruk.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lee Ming Fuing, 38, dalam perjalanan daripada Sepanggar menuju ke arah Kingfisher.

Walau bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikalnya hilang kawalan dan berpusing sebelum merempuh hingga terperosok ke bawah bas.
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Sementara itu, tiada penumpang bas yang mengalami kecederaan dan pemandu bas berkenaan membuat laporan polis dengan segera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.
Beliau turut menggesa sesiapa yang menyaksikan kemalangan terbabit agar segera tampil untuk membantu pihak polis.

Katanya, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments