Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat murid tahun satu ditemui di Sungai batu 2.5 Sandakan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MAJLIS bacaan Yassin yang diadakan oleh warga SK Sri Tanjung Papat, kelmarin.

SANDAKAN: Mayat seorang murid perempuan tahun satu yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui terapung di bawah sebuah rumah penduduk di Sungai Batu 2.5 di sini, awal pagi kelmarin.

Mayat mangsa yang masih berpakaian sekolah ditemui oleh penduduk setempat kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
Pegawai Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah IV, Asisten Superitendan Gan Ping Sin ketika dihubungi berkata mayat Noor Suhana Jusly, 7, dari Kampung Pulau Berhala dihanyutkan kira-kira 2 batu nautika dari tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Markas Operasi PPM sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Kira-kira jam 5.45 petang Sabtu, mangsa bersama lapan lagi murid tahap satu SK Sri Tanjung Papat 2 sedang dalam perjalanan balik dari sekolah ke Kampung Pulau Berhala apabila bot mereka terbalik dan karam selepas enjin bot tidak berfungsi secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, lapan lagi murid berjaya diselamatkan oleh pemandu bot dan penjaga selain dibantu oleh penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu.

Pemandu bot yang juga pakcik mangsa memberitahu dia hanya sempat menarik jaket keselamatan mangsa, bagaimanapun pada ketika itu, mangsa sudah tidak kelihatan.

Sementara itu, Guru Besar SK Sri Tanjung Papat 2, Azmi Musa memberitahu ia merupakan kejadian pertama seumpama itu yang berlaku membabitkan murid dari sekolah mereka.

Katanya, warga sekolah telah mengadakan bacaan Yassin pagi kelmarin selain menyampaikan sumbangan daripada pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sandakan kepada keluarga mangsa.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments