Jika semalam menerusi Sam sudah memberitahu yang Syatilla hanya sekadar kawan rapatnya, hari ini Syatilla pula menerangkan yang Sam bukan kekasihnya.
Malah, kenyataan Syatilla menerusi Pancaindera juga seperti dia sudah serik untuk bercinta semula. Menurut Syatilla, dia kini sudah 2 tahun hidup solo tanpa kekasih.
Kali pertama bercinta Syatilla masih di bangku sekolah. Namun bagi Syatilla, cinta yang berakhir dengan perpisahan sangat memedihkan walaupun baru berusia 16 tahun.
“Saya cuma ada dua orang bekas kekasih sepanjang hidup. Cinta pertama saya sewaktu berusia 16 tahun. Di alam persekolahan lagi saya sudah rasa sakitnya putus cinta.
“Selepas itu saya bertemu dengan cinta kedua sewaktu umur 18 tahun. Saya bercinta dengan orang Shah Alam (Selangor) pun tidak kekal lama. Kami putus secara baik selepas dua tahun berkasih,” katanya.
Mungkin atas dasar itulah Syatilla kini agak berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih pasangan barunya.
Tidak apalah, yang penting, jangan rampas suami orang dan jangan rosakkan rumah tangga orang lain.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment