Sejak menimang cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim hasil perkahwinannya dengan pelakon Memey Suhaiza 1 Februari lalu, Norman Hakim menyatakan dia sedikit terasa hati dengan isterinya yang sering melebihkan anaknya daripada dirinya.
Nak-nak bila dia panggil baby dengan panggilan sayang tapi dengan saya tak lagi panggil sayang.
“Anak-anak pun sayangkan adik mereka. Lebih-lebih lagi si kakaknya, Dania, dia yang beria nak dukung dan nak jaga adiknya”, kata Norman sambil tergelak kecil.
Selain itu Norman turut mendedahkan, bekas isterinya, Abby Abadi sering kali datang melawat Memey yang kini dalam keadaan pantang.
“Saya bersyukur melihat hubungan Memey dan bekas isteri saya semakin baik. Dia ada juga datang seminggu sekali menziarah Memey dan baby. Dari pemerhatian jauh saya, ada juga Abby berikan beberapa tips macam mana nak jaga baby kepada Memey. Saya berharap hubungan baik mereka berdua berkekalan,” katanya kepada MalaysianDigest.
Sebelum ini, hasil perkahwinan Norman dengan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, dia dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,9, Marissa Dania Hakim,7, dan Maria Danisha Hakim, 4.
Baguslah begitu, semoga rumahtangga mereka sentiasa bahagia selalu dan harapnya hubungan Norman, Memey dan Abby boleh dicontohi setiap pasangan yang pernah mengalami nasib sama seperti mereka sebelum ini.
No comments
Post a Comment