Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tony Fernandes Sebak Pecat Peserta 'The Apprentice Asia'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mengaku jiwanya sebak apabila terpaksa memecat peserta menerusi program realiti The Apprentice Asia yang dihoskannya.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes, 49, yang merupakan hos edisi Asia itu berkata, pengalaman memecat peserta dalam program realiti itu sangat berbeza berbanding memecat pekerja di syarikatnya lebih-lebih lagi apabila melihat kesungguhan dan kegigihan peserta dalam mengejar kemenangan.


"Tidak sangka, memecat peserta-peserta dalam ‘Apprentice’ adalah tanggungjawab yang paling sukar dilaksanakan dalam mencari pemenang untuk program ini.
"Memecat peserta yang mengharapkan kemenangan membuatkan saya tidak tenang dan resah sepanjang malam apabila memikirkannya," kata beliau.
Tony ditemui pada majlis pelancaran The Apprentice Asia di Hotel Hilton Kuala Lumpur (KL) di sini pada Isnin.
The Apprentice Asia merupakan program francais The Apprentice terbitan Mark Burnett Productions yang menghimpunkan peserta eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau Asia.
Menerusi program tersebut yang dijangka akan disiarkan pada Mei depan, para peserta atau lebih dikenali sebagai perantis akan disingkirkan oleh Tony dan hanya seorang pemenang akan diumumkan.
Beritahu Tony, pengalaman sebagai hos program tersebut benar-benar mencabar dan pada masa sama beliau kagum apabila melihat para peserta yang mempunyai daya pemikiran yang sangat kreatif dalam membangunkan sesebuah perniagaan.
"Selain memecat para peserta, saya turut diarahkan melakukan sesuatu yang agak menyukarkan iaitu unsur-unsur drama yang diwujudkan. Saya lebih sukakan kerja yang mudah tanpa drama.
"Tetapi rasanya, elemen drama dalam program itu tidak perlu diwujudkan kerana para peserta dengan sendirinya menghasilkan drama mereka sendiri. Apa yang mereka lakukan sangat bagus dan kreatif dalam membangunkan perniagaan masing-masing," ujarnya.
The Apprentice mula menjadi popular selepas kemunculan sulung program berkenaan pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

    About Unknown

    PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
    «
    Next
    Newer Post
    »
    Previous
    Older Post

    No comments